Sunday, November 21, 2010

Manifold Gauge @ Tolok Pancarongga (Part III)

D) MENGECAS MENGGUNAKAN SELINDER PENGECAS.
Dengan menggunakan selinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin dengan tepat dan berkesan. Kaedah-kaedah mengecas bahan pendingin menggunakan selinder pengecas adalah seperti berikut.

1. Masukkan bahan pendingin secukupnya ke dalam kedalam selinder pengecas dan laraskan skala bahan pendingin yang digunakan bersesuain dengan suhu sekeliling.
2. Lakukan pengusian sistem seperti yang telah diterangkan dalam tajuk terdahulu.
3. Selepas pengusian, sambungkan hos rawatan pada injap pengecas dan lakukan pelegaan. Ini bertujuan membuang udara yang ada didalam hos rawatan semasa memindahkannya dari pump vaccum.
4. Sentiasa mengecas melalui bahagian tekanan rendah di saluran sedutan atau pada tiub servis. Semasa mengecas, sistem hendaklah diberhentikan. 
5. Buka injap pada selinder pengecas dan pada tiub servis. Biarkan bahan pendingin masuk kedalam sistem secara perlahan-lahan sehingga bahan pendingin didalam selinder pengecas menjadi stabil. Biarkan kira-kira lima minit sebelum sebelum sistem dihidupkan. Kawalan hendaklah dibuat pada injap servis, buka pada injap selinder.
6. Jika buih terjadi dalam selinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan digoncangkan ke atas dan kebawah beberapa kali. Jangan terlalu lama. Kemudian boleh mengecas semula.
7. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada selinder pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskannya. Suhu air hendaklanh tidak melebihi 51 °C. Jangan sekali-kali menggunakan api untuk memanaskan pengecas pengecas. Ini boleh mewujudkan tekanan hidrostatik dalam selinder dan boleh menyebabkan letupan berlaku.
8. Setelah casnya cukup, kapit pada tiub servis dan potong tiub. Kemudian silfos pada penghujung tiub proses yang telah dipotong.



E) MENGECAS MENGGUNAKAN KAEDAH TIMBANG (MELALUI BHGN TEKANAN RENDAH).

Berpandukan gambarajah disebelah kita boleh mengecas bahan pendingin menggunakan timbang. Kaedah-kaedah mengecas dengan menggunakan timbang adalah seperti berikut:

1. Letakkan selinder bahan pendingin secara menegak diatas timbang.
Sambung saluran pada injap servis di pemampat dan selinder servis dengan tiub kuprum saiz 6mm. Kita boleh juga menggunakan hos cas. Catatkan bacaan pada timbang
2. Pasangkan tolok pancarongga seperti yang di tunjukkan pada gambarajah di bawah.
3. Buat pelegaan pada saluran cas atau rawatan dengan membuka injap silinder servis.
4. Buka injap servis di pemampat dan masukkan wap bahan pendingin.
5. Jalankan sistem, caskan wap bahan pendingin perlahan-lahan dan lihat tekanan pada tolok pancarongga dan skala timbang.
6. Jika selinder servis menjadi sejuk, selinder itu boleh dipanaskan dengan menggunakan air panas atau kain yang di celup dengan air panas. Ini menolong membuat bahan pendingin masuk kedalam sistem dengan lancar. Setelah cukup cas dengan menolak bacaan awal dengan bacaan akhir pada skala timbang, tutup injap servis di selinder dan pada injap sedutan atau injap servis. Tanggalkan saluran atau hos rawatan daripada injap servis dan sistem bolehlah dihidupkan seperti sediakala.




E) MENGECAS MENGGUNAKAN KAEDAH TIMBANG (MELALUI BHGN TEKANAN TINGGI).

Sistem yang besar menggunakan bahan pendingin yang banyak. Jika kita mengecas menggunakan wap bahan pendingin melalui saluran sedutan, ini memakan masa yang lama. Dalam hal ini kita boleh mengecas dengan menggunakan cecair bahan pendingin melalui bahagian tekanan tinggi, biasanya di tangki penerima atau saluran nyahcas.

Gambarajah disebelah menunjukkan sambungan dan alat-alat yang diperlukan bagi mengecas dengan menggunakan timbang melalui bahagian tekanan tinggi. Cara-cara mengecas menggunakan cecair bahan pendingin dibahagian tekanan tinggi adalah seperti berikut:

1. Pasangkan tiub kuprum yang saiznya 6mm di tangki servis dan hos rawatan dan hos rawatan seperti gambarajah dibawah. Tangki servis hendaklah diterbalikkan dan disangkutkan pada timbang spring.semasa mengecas, sistem hendaklah di berhentikan dan suhu pemeluwap hendaklah sama dengan suhu sekeliling.
2. Buka injap di tangki servis dan lakukan pelegaan pada hos rawatan. Masukkan cecair bahan pendingin dengan membuka injap tolok tekanan tinggi dan injap servis nyahcas.
3. Berpandukan timbang spring, tentukan cecair bahan pendingin yang masuk kedalam sistem adalah cukup.
4. Setelah cukup cas, tutup injap tangki servis dan injap di tolok tekanan tinggi hendaklah di buka untuk membuat suhu pirau supaya tekanan daripada saluran rawatan dapat pergi ke bahagian tekanan rendah. Tutup injap di tolok tekanan tinggi dan buka saluran rawatan.
5. Jalankan sistem dan lihat bacaan tekanan pada tolok pancarongga.




No comments:

Post a Comment