Sunday, November 21, 2010

Manifold Gauge @ Tolok Pancarongga (Part III)

D) MENGECAS MENGGUNAKAN SELINDER PENGECAS.
Dengan menggunakan selinder pengecas kita boleh mengecas bahan pendingin dengan tepat dan berkesan. Kaedah-kaedah mengecas bahan pendingin menggunakan selinder pengecas adalah seperti berikut.

1. Masukkan bahan pendingin secukupnya ke dalam kedalam selinder pengecas dan laraskan skala bahan pendingin yang digunakan bersesuain dengan suhu sekeliling.
2. Lakukan pengusian sistem seperti yang telah diterangkan dalam tajuk terdahulu.
3. Selepas pengusian, sambungkan hos rawatan pada injap pengecas dan lakukan pelegaan. Ini bertujuan membuang udara yang ada didalam hos rawatan semasa memindahkannya dari pump vaccum.
4. Sentiasa mengecas melalui bahagian tekanan rendah di saluran sedutan atau pada tiub servis. Semasa mengecas, sistem hendaklah diberhentikan. 
5. Buka injap pada selinder pengecas dan pada tiub servis. Biarkan bahan pendingin masuk kedalam sistem secara perlahan-lahan sehingga bahan pendingin didalam selinder pengecas menjadi stabil. Biarkan kira-kira lima minit sebelum sebelum sistem dihidupkan. Kawalan hendaklah dibuat pada injap servis, buka pada injap selinder.
6. Jika buih terjadi dalam selinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan digoncangkan ke atas dan kebawah beberapa kali. Jangan terlalu lama. Kemudian boleh mengecas semula.
7. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada selinder pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskannya. Suhu air hendaklanh tidak melebihi 51 °C. Jangan sekali-kali menggunakan api untuk memanaskan pengecas pengecas. Ini boleh mewujudkan tekanan hidrostatik dalam selinder dan boleh menyebabkan letupan berlaku.
8. Setelah casnya cukup, kapit pada tiub servis dan potong tiub. Kemudian silfos pada penghujung tiub proses yang telah dipotong.



E) MENGECAS MENGGUNAKAN KAEDAH TIMBANG (MELALUI BHGN TEKANAN RENDAH).

Berpandukan gambarajah disebelah kita boleh mengecas bahan pendingin menggunakan timbang. Kaedah-kaedah mengecas dengan menggunakan timbang adalah seperti berikut:

1. Letakkan selinder bahan pendingin secara menegak diatas timbang.
Sambung saluran pada injap servis di pemampat dan selinder servis dengan tiub kuprum saiz 6mm. Kita boleh juga menggunakan hos cas. Catatkan bacaan pada timbang
2. Pasangkan tolok pancarongga seperti yang di tunjukkan pada gambarajah di bawah.
3. Buat pelegaan pada saluran cas atau rawatan dengan membuka injap silinder servis.
4. Buka injap servis di pemampat dan masukkan wap bahan pendingin.
5. Jalankan sistem, caskan wap bahan pendingin perlahan-lahan dan lihat tekanan pada tolok pancarongga dan skala timbang.
6. Jika selinder servis menjadi sejuk, selinder itu boleh dipanaskan dengan menggunakan air panas atau kain yang di celup dengan air panas. Ini menolong membuat bahan pendingin masuk kedalam sistem dengan lancar. Setelah cukup cas dengan menolak bacaan awal dengan bacaan akhir pada skala timbang, tutup injap servis di selinder dan pada injap sedutan atau injap servis. Tanggalkan saluran atau hos rawatan daripada injap servis dan sistem bolehlah dihidupkan seperti sediakala.




E) MENGECAS MENGGUNAKAN KAEDAH TIMBANG (MELALUI BHGN TEKANAN TINGGI).

Sistem yang besar menggunakan bahan pendingin yang banyak. Jika kita mengecas menggunakan wap bahan pendingin melalui saluran sedutan, ini memakan masa yang lama. Dalam hal ini kita boleh mengecas dengan menggunakan cecair bahan pendingin melalui bahagian tekanan tinggi, biasanya di tangki penerima atau saluran nyahcas.

Gambarajah disebelah menunjukkan sambungan dan alat-alat yang diperlukan bagi mengecas dengan menggunakan timbang melalui bahagian tekanan tinggi. Cara-cara mengecas menggunakan cecair bahan pendingin dibahagian tekanan tinggi adalah seperti berikut:

1. Pasangkan tiub kuprum yang saiznya 6mm di tangki servis dan hos rawatan dan hos rawatan seperti gambarajah dibawah. Tangki servis hendaklah diterbalikkan dan disangkutkan pada timbang spring.semasa mengecas, sistem hendaklah di berhentikan dan suhu pemeluwap hendaklah sama dengan suhu sekeliling.
2. Buka injap di tangki servis dan lakukan pelegaan pada hos rawatan. Masukkan cecair bahan pendingin dengan membuka injap tolok tekanan tinggi dan injap servis nyahcas.
3. Berpandukan timbang spring, tentukan cecair bahan pendingin yang masuk kedalam sistem adalah cukup.
4. Setelah cukup cas, tutup injap tangki servis dan injap di tolok tekanan tinggi hendaklah di buka untuk membuat suhu pirau supaya tekanan daripada saluran rawatan dapat pergi ke bahagian tekanan rendah. Tutup injap di tolok tekanan tinggi dan buka saluran rawatan.
5. Jalankan sistem dan lihat bacaan tekanan pada tolok pancarongga.




Mengecas Sistem (PART II)

A) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN TEKANAN.
1. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
2. Kesan kebocoran seperti yang telah diterangkan dalan task 07.03
3. Lakukan pengusian (vaccum) pada sistem mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan dalam task 07.04.
4. Setelah proses pengusian selesai tutup injap ditolok pancarongga dengan rapi dan matikan bekalan pada pum vaccum.
5. Tanggalakan hos rawatan pada pam vaccum.
6. Sambung hos rawatan ke tangki servis bahan pendingin.
7. Buka injap servis pada tangki bahan pendingin.
8. Lakukan pelegaan di hos rawatan, iaitu dengan membuang sedikit bahan pendingin dari hos tersebut bagi tujuan mengeluarkan kelembapan yang ada dalam hos rawatan ketika memindahkan hos dari pum vacuum ke selinder bahan pendingin.
9. Buka sedikit di tolok pancarongga dengan perlahan-perlahan. Biarkan wap bahan pendingin masuk kedalam sistemdengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera.
10. Tutup semula injap di tolok pancarongga .
11. Jalankan sistem tersebut.
12. Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin dengan membuka injap pada tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah.
13. Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin.
14. Tutup injap(jika injap servis pada kedudukan kebelakang), jika ada . jika sistem tersebut menggunkan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah selesai dikapit tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan. 
15. Lakukan silfosing bagi memastikan bahan pendingin tidak keluar dari sistem.


**Video mengecas R-22 berpandukan tekanan.

B) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN SUHU. 
1. Lakukan kaedah (1) hingga (12) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
2. Pasang meter suhu di penyejat seperti gambarajah dibawah.
3. Semasa sistem berfungsi masukkan wap bahan pendingin sedikit demi sedikit ke saluran sedutan. Sambil itu perhatikan suhu di saluran penyejat.
4. Jika suhu yang dikehendaki telah sampai ketakat nya tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin. Lakukan kaedah (14-15) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.



C) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN ARUS.
1. Lakukan kaedah (1) hingga (9) seperi yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
2. Pasangkan amprobe pada dawai hidup bagi mendapatkan bacaan arus (ampere) semasa sistem sedang beroperasi. Beban yang tinggi akan meninggikan arus yang mengalir dalam sistem.
3. Semasa sistem beroperasi, masukkan wap bahan pendingin. Sambil itu perhatikan arus yang tercatat di amprobe.
4. Jika arus telah sampai ketakat jumlah yang telah ditetapkan oleh sistem tersebut, tutup injap di tolok pancarongga dan tutup injap di selinder sevis bahan pendingin. Lakukan kaedah (14 dan 15) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.

Mengecas Sistem (PART I)

PENGENALAN
Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin kedalam sistem melalui berbagai-bagai kaedah. Mengecas kedalam sistem penyejukan dan penyamanan udara dilakukan kerana unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas mengantikan komponen-komponen pada sistem tersebut.

Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya dan proses pengusian perlulah dilakukan terlebih dahulu.

Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada kilang. Apabila berlakunya bahan pendingin disebabkan kebocoran atau penggantian alat-alat yang rosak, dua perkara perlu dilakukan iaitu pengusian (vakum) dan mengecas(charging).

Proses pengusian dan mengecas hendaklah dilakukan adalah seperti berikut:
1. Lepaskan bahan pendingin yang ada didalam sistem.
2. Perbaiki kerosakan (kebocoran) atau gantikan alat-alat yang rosak.
3. Uji kebocoran seperti yang diterangkan dalam task 07.03.
4. Pengusian (vakum) sistem keseluruhan.

Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap servis tekanan rendah dengan secukupnya. 

MENGECAS SISTEM MENGGUNAKAN WAP BAHAN PENDINGIN
Mengecas sistem menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui saluran sedutan, iaitu dibahagian tekanan rendah. Wap ini akan masuk kedalam pemampat melalui saluran sedutan pemampat dan pemampat hanya mampu memampatkan wap bahan pendingin sahaja. Jangan masukkan cecair bahan pendingin melalui saluran sedutan. Perbuatan ini boleh merosakkan pemampat. Mengecas dengan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan melalui cara berikut:

a. Berpandukan kepada tekanan dengan menggunakan tolok pancarongga.
b. Berpandukan pada bacaan suhu dengan menggunakan meter suhu yang diletakkan di penyejat.
c. Berpandukan pada bacaan arus dengan menggunakan amprobe.
d. Menggunakan Selinder Pengecas.
e. Menggunakan kaedah Timbang (Melalui bhgn tekanan rendah)
f. Menggunakan kaedah Timbang (Melalui bhgn tekanan tinggi)

Manifold Gauge @ Tolok Pancarongga (Part II)

Membuat pelarasan jarum pada ’’gauge’
Pelarasan jarum tolok ke paras ’0’ perlu dilakukan supaya bacaan adalah tepat. Pelarasan dilakukan dengan menggunakan skru pemutar. Faktor yang boleh menyebabkan jarum rosak ialah:
1. Penggunaan yang tidak cermat.
2. Dimasuki oleh bendasing seperti habuk atau air.

Kaedah melaras jarum penunjuk di tolok tekanan rendah (Low pressure gauge)
1. Tanggalkan penutup tolok di tekanan rendah.
2. Laraskan butang pelarasan di bahagian tolok dengan menggunakan pemutar skru.
3. Berhenti melaras apabila bacaan jarum penunjukkan di kedudukan ’0’.
4. Pastikan bacaan jarum tidak memasuki garisan hampagas(vakum) 



Kaedah melaras jarum penunjuk di tolok tekanan tinggi (High pressure gauge)
1. Tanggalkan penutup tolok di tekanan tinggi.
2. Laraskan skru pelaras di bahagian tolok dengan menggunakan pemutar skru.
3. Berhenti melaras apabila bacaan jarum penunjukkan di kedudukan ’0’.



Saturday, November 20, 2010

Manifold Gauge @ Tolok Pancarongga (Part I)

Tolok pancarongga amat penting didalam kerja-kerja penyamanan udara. Ia mempunyai dua tolok yang digabungkan iaitu tolok tekanan tinggi dan tolok tekanan rendah. Ia amat penting didalam kerja-kerja pemasangan dan pembaikan unit penyamanan udara serta kerja-kerja menservis. Antara skop kerja yang berkaitan ialah seperti dibawah.

Skop kerja :

  1. Membaca tekanan tinggi dan tekanan rendah sistem penyamanan udara
  2. Membaca suhu sepadan
  3. Mevakum sistem penyamanan udara
  4. Mengecas bahan pendingin
  5. Menambah minyak bahan pendingin
  6. Melakukan kerja-kerja pumpdown sistem
  7. Menguji kebocoran

Contoh set kelengkapan tolok pancarongga


Bahagian & Fungsi Manifold Gauge





















Bacaan Tolok.
1. Skala pada tolok tekanan rendah dan tinggi adalah berbeza.
2. Terdapat pelbagai variasi tolok dipasaran dengan pelbagai unit dan skala.

Wednesday, November 10, 2010

Troubleshooting.

LANGKAH PANTAS MENCARI PUNCA KEROSAKAN
*Komponen2 yang perlu diperiksa:-
a) Fius
b) Overload
c) Phase Protection Relay
d) Thermostat
e) High & Low Pressure Switch
f) Relay
g) Timer 24 Jam/Defrost timer
h) Step Timer
i) Squence Timer
j) Contacter
k) Remote Control
l) P.C Board
m) Periksa Tekanan Gas 

Sistem Tidak Beroperasi - Check Elektrikal

a) Test Supply – R Y B Untuk:
- Contactor Blower
- Contactor Pump
- Contactor Cooling Tower
- Contactor Compressor
- SEMUA CONTACTOR

b) Sekiranya semua supply ada (maknanya tiada short) litar kawalan saja yang bermasalah.
-Periksa:
1. Overload
2. Thermostat
3. High & low pressure switch
4. Oil pressure Swicth
5. Timer 24jam /defrost timer
6. Phase protection relay
7. Relay
8. Contactor
9. Step timer
10. Squence timer
11. Remote control
12. Pc board
13. Water flow switch
14. Auto gate valve (actuator valve)
15. Air flow switch
16. Pendawaian
17. Motor blower
18. Motor condensor fan
19. Compressor oil
20. Water pump motor
21. Cooling tower motor
22. Capasitor
23. Heater elemen

Sistem Beroperasi tetapi Tak Sejuk - Check Mekanikal
-Periksa:
1. Tekanan gas
2. Evaporator coil
3. TXV
4. Belting
5. Filter drier
6. Stainer
7. Capillry tube
8. Condenser coil
9. Paip gas (pecah/bocor)
10. Compressor
11. Water pump
12. Cooling tower
13. Air Cooling Tower

Petua:
Air-cond langsung tak boleh ON - check elektrikal
Air-cond boleh ON tapi tak sejuk - check mekanikal

Tuesday, November 9, 2010

Install the Unit.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN:
1. Tinjau lokasi (Survey the area)
2. Kira beban (Load estimation)
3. Tentukan kapasiti & model (Select capacity & model)
4. Kerja-kerja pemasangan (Installation work)
5. Testing & Commisioning
6. Penerangan cara guna
    1. TINJAU LOKASI (SURVEY THE AREA) 
    *Kedudukan bangunan/bilik.
    *Saiz dan keadaan bangunan/bilik.
    *Kegunaan bangunan/bilik
    *Jumlah manusia dan peralatan elektrik
    *Kuasa elektrik
    *Mengira beban haba (load estimate). 

    2. KIRA BEBAN (LOAD ESTIMATION) 
    Tentukan keluasan bilik/bangunan (kaki)
    60 btu/hr X Panjang X Lebar = ______ btu/hr (untuk bilik tidur) 
    70 btu/hr X Panjang X Lebar = ______ btu/hr
    90 btu/hr X Panjang X Lebar = ______ btu/hr
    * 1 Meter = 3.28 Kaki
    * 1 Meter persegi = 10.78 kaki persegi
     
    3. TENTUKAN KAPASITI & MODEL (SELECT CAPACITY & MODEL) 
    *Lihat spesifikasi dari pengeluar.  
    >>Panasonic
    >>Carrier
    >>Dunham Bush
    >>York
    >>Acson dan lain-lain
    *Berpandukan jumlah haba yang dikira.
    *Pilih unit/model mengikut kesesuaian/kos. 

    4. KERJA-KERJA PEMASANGAN (INSTALLATION WORK) 
    *Pemasangan Indoor unit.
    >>Mestilah pada tempat yang kukuh.
    >>Mempunyai peredaraan udara yang baik.
    >>Jauhkan dari punca-punca haba.
    >>Saluran air keluar (drain) mudah.
    >>Kesan bunyi dan gegaran
    >>Penyambungan dan panjang pemaipan mengikut spesifikasi 
    *Pendawaian (Electrical wiring)
    i. Indoor Unit ke Condensing Unit
    >>Setiap penyambungan mestilah diikat ketat
    >>Menggunakan 3 Core Cable/2.5mm (1 fasa)
    ii. Starter (D.O.L Starter)
    >>Setiap penyambungan mestilah diikat ketat
    >>Menggunakan 3 Core Cable/2.5mm (1 fasa)  

    5. TESTING & COMMISSIONING 
    *Telah beroperasi 15 minit atau lebih.  
    *Pastikan unit mencapai takat kesejukan dikehendaki (perbezaan 8ÂșC)
    *Arus kendalian dibawah/mengikut “name plate”
    *Tiada air menitik pada Indoor unit.  
    *Air keluar pada drain pipe.
    *Tiada bunyi bising atau bergetar.
    *Tambah Refrigerant jika perlu.  

    6. PENERANGAN CARA GUNA 
    *Menghidupkan starter.
    *Pengendalian remote control.
    *Penyelenggaraan filter.