Sunday, November 21, 2010

Mengecas Sistem (PART I)

PENGENALAN
Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin kedalam sistem melalui berbagai-bagai kaedah. Mengecas kedalam sistem penyejukan dan penyamanan udara dilakukan kerana unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas mengantikan komponen-komponen pada sistem tersebut.

Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya dan proses pengusian perlulah dilakukan terlebih dahulu.

Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada kilang. Apabila berlakunya bahan pendingin disebabkan kebocoran atau penggantian alat-alat yang rosak, dua perkara perlu dilakukan iaitu pengusian (vakum) dan mengecas(charging).

Proses pengusian dan mengecas hendaklah dilakukan adalah seperti berikut:
1. Lepaskan bahan pendingin yang ada didalam sistem.
2. Perbaiki kerosakan (kebocoran) atau gantikan alat-alat yang rosak.
3. Uji kebocoran seperti yang diterangkan dalam task 07.03.
4. Pengusian (vakum) sistem keseluruhan.

Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap servis tekanan rendah dengan secukupnya. 

MENGECAS SISTEM MENGGUNAKAN WAP BAHAN PENDINGIN
Mengecas sistem menggunakan wap bahan pendingin dijalankan melalui saluran sedutan, iaitu dibahagian tekanan rendah. Wap ini akan masuk kedalam pemampat melalui saluran sedutan pemampat dan pemampat hanya mampu memampatkan wap bahan pendingin sahaja. Jangan masukkan cecair bahan pendingin melalui saluran sedutan. Perbuatan ini boleh merosakkan pemampat. Mengecas dengan menggunakan wap bahan pendingin boleh dilakukan melalui cara berikut:

a. Berpandukan kepada tekanan dengan menggunakan tolok pancarongga.
b. Berpandukan pada bacaan suhu dengan menggunakan meter suhu yang diletakkan di penyejat.
c. Berpandukan pada bacaan arus dengan menggunakan amprobe.
d. Menggunakan Selinder Pengecas.
e. Menggunakan kaedah Timbang (Melalui bhgn tekanan rendah)
f. Menggunakan kaedah Timbang (Melalui bhgn tekanan tinggi)

No comments:

Post a Comment