Sunday, November 21, 2010

Mengecas Sistem (PART II)

A) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN TEKANAN.
1. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
2. Kesan kebocoran seperti yang telah diterangkan dalan task 07.03
3. Lakukan pengusian (vaccum) pada sistem mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan dalam task 07.04.
4. Setelah proses pengusian selesai tutup injap ditolok pancarongga dengan rapi dan matikan bekalan pada pum vaccum.
5. Tanggalakan hos rawatan pada pam vaccum.
6. Sambung hos rawatan ke tangki servis bahan pendingin.
7. Buka injap servis pada tangki bahan pendingin.
8. Lakukan pelegaan di hos rawatan, iaitu dengan membuang sedikit bahan pendingin dari hos tersebut bagi tujuan mengeluarkan kelembapan yang ada dalam hos rawatan ketika memindahkan hos dari pum vacuum ke selinder bahan pendingin.
9. Buka sedikit di tolok pancarongga dengan perlahan-perlahan. Biarkan wap bahan pendingin masuk kedalam sistemdengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera.
10. Tutup semula injap di tolok pancarongga .
11. Jalankan sistem tersebut.
12. Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin dengan membuka injap pada tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah.
13. Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin.
14. Tutup injap(jika injap servis pada kedudukan kebelakang), jika ada . jika sistem tersebut menggunkan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah selesai dikapit tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan. 
15. Lakukan silfosing bagi memastikan bahan pendingin tidak keluar dari sistem.


**Video mengecas R-22 berpandukan tekanan.

B) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN SUHU. 
1. Lakukan kaedah (1) hingga (12) seperti yang telah diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
2. Pasang meter suhu di penyejat seperti gambarajah dibawah.
3. Semasa sistem berfungsi masukkan wap bahan pendingin sedikit demi sedikit ke saluran sedutan. Sambil itu perhatikan suhu di saluran penyejat.
4. Jika suhu yang dikehendaki telah sampai ketakat nya tutup injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin. Lakukan kaedah (14-15) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.



C) MENGECAS BAHAN PENDINGIN BERPANDUKAN ARUS.
1. Lakukan kaedah (1) hingga (9) seperi yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.
2. Pasangkan amprobe pada dawai hidup bagi mendapatkan bacaan arus (ampere) semasa sistem sedang beroperasi. Beban yang tinggi akan meninggikan arus yang mengalir dalam sistem.
3. Semasa sistem beroperasi, masukkan wap bahan pendingin. Sambil itu perhatikan arus yang tercatat di amprobe.
4. Jika arus telah sampai ketakat jumlah yang telah ditetapkan oleh sistem tersebut, tutup injap di tolok pancarongga dan tutup injap di selinder sevis bahan pendingin. Lakukan kaedah (14 dan 15) seperti yang diterangkan dalam bahagian mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan.

No comments:

Post a Comment